#AWANIByte: Rumput laut Middle Bank Penang, warisan lautan yang kian terpinggir
Di dasar laut cetek Middle Bank, Pulau Pinang terdapat hamparan rumput laut Enhalus acoroides dan Halophila ovalis yang menjadi nadi ekosistem marin. Keindahan ini bukan sekadar memukau, tetapi penting untuk keseimbangan alam.
Rumput laut ini bukan sahaja menjadi habitat pembiakan dan perlindungan, malah berfungsi sebagai penapis semula jadi yang mengekalkan kejernihan air serta mengurangkan hakisan pantai. Ia juga menyokong rantaian makanan bagi ikan, ketam, kerang, siput dan spesies terancam seperti dugong dan penyu. Sejauh manakah kita mengenalinya?