Remaja 15 tahun maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas dipercayai dibaham buaya ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Segubang, Kuching. Mangsa ditemui hampir tiga jam kemudian oleh ahli keluarganya sendiri. Operasi SAR disertai JBPM Sarawak dan PPDA sebelum mayat diserahkan kepada PDRM.