Skip to main content

Malaysia

SAR pendaki di Gunung Batu Putih ditangguh, pasukan bermalam di puncak

TAPAH, 26 Mei -- Penyelia Pos Kawalan Sarjan Ali Aluie (kiri) menerangkan perancangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad lepas, di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pos Kuala Poh hari ini.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai b
Operasi pencarian hari ini turut digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan keanggotaan yang lebih ramai. - Bernama

IPOH: Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak Sabtu lepas, masih menemui jalan buntu dan akan disambung esok.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sehubungan dengan itu, 12 anggota pasukan operasi bermalam di lokasi pencarian di puncak gunung pada malam ini selepas operasi ditangguh lewat petang tadi.

“Pasukan SAR yang memasuki kawasan operasi pagi tadi dengan pesawat AW139 di Bukit Berapit 2 sampai ke kawasan Kem Sukaneka melibatkan perjalanan berjalan kaki menyusuri permatang gunung selama lima jam.

“Pencarian difokuskan bermula simpang menuju Kem Sekali (lokasi di antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu) berdasarkan maklumat semasa dan garis masa perjalanan mangsa dan pasukan penyelamat sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian hari ini turut digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan keanggotaan yang lebih ramai.

Operasi ditangguhkan 6 petang dan akan bersambung pada 8 pagi esok,” katanya.

Pendaki Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei menerusi laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement