Pemilik tanah penempatan PATI di Setia Alam dikenal pasti - JIM
Pihak berkuasa telah mengenal pasti pemilik tanah bagi tiga penempatan pendatang asing tanpa izin di Setia Alam yang diserbu pada 3 April lalu. Jabatan Imigresen Selangor memaklumkan tindakan susulan sedang diambil, termasuk pengenaan kompaun RM200,000 terhadap sebuah syarikat pemilik tanah, sementara siasatan diteruskan ke atas beberapa pemilik lain melibatkan lot tanah berasingan.