Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mei 2026.
 

1. Parlimen Pandan: Tengku Zafrul sedia berdepan ‘gergasi politik’

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai ‘gergasi politik’ jika diberi peluang bertanding di Parlimen Pandan dalam pilihan raya akan datang.
 

2. Ribuan jemaah seluruh negara imarahkan solat sunat Aidiladha

Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran, yang menyaksikan ribuan jemaah termasuk pemimpin mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
 

3. Dakwaan ugut Albert Tei: Azam Baki ke Bukit Aman minggu depan

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan dipanggil bagi dirakam keterangan minggu depan berhubung dakwaan ugutan terhadap seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei. 
 

4. Keselamatan negara ikut perlembagaan - Fahmi

Kerajaan sentiasa meneliti setiap perkara berkaitan keselamatan negara secara berhati-hati dan mengikut lunas undang-undang sedia ada.
 

5. ATM ada ruang, kuasa laksanakan latihan di Johor - Tunku Mahkota Ismail

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di Johor, titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. 
 

6. Harga RON97, RON95 tanpa subsidi turun mulai Khamis

Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing diturunkan sebanyak 20 sen dan 15 sen seliter bermula Khamis, manakala harga diesel di Semenanjung turut mencatat penurunan 10 sen seliter.
 

7. Rukun Negara asas kukuhkan negara bangsa yang bersatu padu, harmoni - Lee Lam Thye

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan bahawa Rukun Negara perlu terus dihayati dan diamalkan sebagai asas penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, aman dan harmoni, khususnya dalam dunia yang semakin mencabar.
 

8. SAR pendaki di Gunung Batu Putih ditangguh, pasukan bermalam di puncak

Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak Sabtu lepas, masih menemui jalan buntu dan akan disambung esok (Khamis).
 

9. Tiada lagi isu kebersihan, MPAJ dan UNHCR sedia tapak sembelihan khas untuk Rohingya 

Enggan ibadah korban melibatkan etnik Rohingya menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kali ini mengambil tindakan proaktif.
 

10. PM Anwar hargai usaha Pakistan jadi pengantara rundingan antara AS-Iran

Dalam perbincangan tersebut, Anwar menyentuh mengenai perkembangan positif Rundingan Islamabad antara Iran dan Amerika Syarikat, dan berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.

 

Must Watch Video

Advertisement