Kebakaran Memusnahkan Galeri Seni Binaan Politeknik Ungku Omar
Satu kejadian kebakaran memusnahkan stor simpanan barangan dan Galeri Seni Binaan di Kampus Politeknik Ungku Omar pada petang Jumaat. Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian. Kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas A yang mempunyai empat unit kediaman. Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran serta jumlah kerugian harta benda masih dalam siasatan pihak berkuasa.