Skip to main content
Situasi Hantavirus di AS Terkawal - Trump

Situasi Hantavirus di AS Terkawal - Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan bahawa situasi penularan Hantavirus di negara itu ketika ini berada dalam keadaan terkawal. Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai kefahaman mendalam mengenai risiko virus berkenaan yang telah lama dikesan dan tidak mudah merebak seperti COVID-19. Sementara itu, WHO mengesahkan lapan individu jatuh sakit dalam wabak Hantavirus yang dikaitkan dengan sebuah kapal persiaran, termasuk tiga kematian. WHO turut menegaskan risiko penularan kepada populasi global kekal rendah, manakala tahap risiko kepada penumpang dan kru kapal berada pada tahap sederhana.