Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Malaysia-New Zealand terus perkasa kolaborasi antara negara

Malaysia-New Zealand terus perkasa kolaborasi antara negara

Hubungan Malaysia dan New Zealand terus dipererat dengan jalinan kerjasama berterusan di bawah pemeteraian dokumen kerjasama strategik (Strategic Partnership - SP) antara kedua-dua negara.

Pemeteraian itu dilaksanakan ketika lawatan kerja Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke negara itu pada 2 ke 4 Mei baru-baru ini, yang mana turut disaksikan Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta.