Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan perlu pilih antara perkasa industri automotif atau jaringan pengangkutan awam - Mahasiswa

Kerajaan perlu pilih antara perkasa industri automotif atau jaringan pengangkutan awam - Mahasiswa

Pengarah Strategi Congress IIUM, Yuveraaj Pillai berkata kerajaan perlu memilih sama ada mahu menjadikan Malaysia mesra kenderaan persendirian atau menerajui jaringan pengangkutan awam. Ini memandangkan terdapat ironi apabila kerajaan mempunyai dua polisi yang pada dasarnya bertentangan iaitu Dasar Automotif Nasional 2020 dan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.