Skip to main content
Advertisement
Ibadah korban mengajar erti taat tanpa syarat

Ibadah korban mengajar erti taat tanpa syarat

Di sebalik ibadah korban menjelang Aidiladha, tersembunyi makna pengorbanan yang jauh lebih mendalam daripada sekadar penyembelihan haiwan. Penceramah bebas, Ahmad Izzhar Ahmad Nazri menjelaskan, ibadah ini adalah ujian untuk memastikan cinta kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya — termasuk harta, keluarga dan kerjaya. Kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi simbol bahawa manusia sebenarnya tidak memiliki apa-apa, dan setiap yang disayangi boleh menjadi ujian keikhlasan.
Advertisement