Selat Hormuz kembali sibuk, 25 kapal lepasi laluan strategik
Sebanyak 25 kapal dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam selepas Iran melonggarkan sekatan ke atas laluan perairan strategik itu. Tentera Laut IRGC memaklumkan pergerakan kapal kini dikawal rapi, dengan amaran tegas terhadap sebarang pencerobohan. Perkembangan ini berlaku ketika Iran dan Amerika Syarikat dikatakan hampir mencapai persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata, sekali gus membuka ruang kepada pemulihan eksport minyak serta rundingan nuklear.