Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jiwa SME: Idea kreatif jual ikan dengan 'live' di platform digital

Jiwa SME: Idea kreatif jual ikan dengan 'live' di platform digital

Bermula dengan sekadar mencuba sesuatu yang baharu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana kira-kira lima tahun lalu, kini ia menjadi perniagaan mendatangkan pendapatan lumayan.

Pasangan suami isteri, Mohd Syujaei Hasshim 42 tahun dan Zalifah Ibrahim 48 tahun menjadikan siaran langsung atau “live” di media sosial sebagai medan menjual ikan segar dan pelbagai hasil laut yang diperolehinya dari nelayan sekitar Hutan Melintang, Perak.