Skip to main content

Advertisement

Jiwa SME | Pes Shimaz berjaya di platform digital

Jiwa SME | Pes Shimaz berjaya di platform digital

Asalnya, pada 2016, usaha bermula dari rumah dengan pelanggan kebanyakannya dari kalangan saudara mara dan jiran setempat.

Kemahiran memasak dimilikinya diperluaskan ke pentas perniagaan untuk dijadikan punca pendapatan.

Walaupun berkembang dengan baik kemudiannya, perniagaan Pes Shimaz Tumisan Bonda diasaskan Hashima Hassan tetap terjejas semasa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Hasil bantuan pelbagai pihak dari segi material dan peralatan, Hashima berjaya menukar cabaran dihadapinya menjadi peluang berguna untuk dimanfaat bersama.