Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut

Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat.

Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan.

Ria Armiati Ramlan, pengasas Ria Group menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.