Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] 15 pelajar UPSI maut, puluhan cedera nahas bas dan MPV dekat Tasik Banding

[TERKINI] 15 pelajar UPSI maut, puluhan cedera nahas bas dan MPV dekat Tasik Banding

Sekurang-kurangnya 15 maut manakala ramai tercedera dalam nahas yang melibatkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Berdasarkan maklumat awal diterima Astro AWANI, bas tersebut yang membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.