Skip to main content

Malaysia

Guru direman dua hari bantu siasatan salah laku seksual libat pelajar

71767606875_PDRMPolis.jpg
Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Liyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

JERTIH: Seorang guru lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah laku seksual melibatkan pelajar sekolah menengah di Besut.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Liyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut di sini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Semalam, Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahman berkata guru sebuah sekolah menengah di Besut ditahan kira-kira 3 petang, susulan laporan polis yang dibuat oleh dua pelajar.

Isu seorang guru lelaki didakwa mencabul pelajar lelaki di Besut tular selepas seorang pemilik akaun Facebook memuat naik hantaran mengenai perkara itu sejak beberapa hari lepas. 

-- BERNAMA  

 

 

Must Watch Video

Advertisement