Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

RUU Lompat Parti | Draf perlu dikongsi kepada umum, elak penolakan

RUU Lompat Parti | Draf perlu dikongsi kepada umum, elak penolakan

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyarankan draf akhir Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung anti lompat parti dikongsi kepada rakyat sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Felo Penyelidik MBM, Fauzi Fadzil berpandangan ini bagi membolehkan semua pihak diberi peluang untuk menyatakan pandangan, dan tidak hanya melibatkan pemimpin politik.