Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

DUN Pahang tangguh bentang RUU Antilompat Parti

DUN Pahang tangguh bentang RUU Antilompat Parti

Rang Undang-Undang Antilompat Parti tidak akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang dijadualkan pada 8 Mei ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ianya berikutan pandangan pihak pembangkang supaya pembentangan tersebut ditangguh sementara waktu bagi membolehkan cadangan RUU itu dibuat penelitian lanjut.