Perdana Menteri menempelak cabaran Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengosongkan enam kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri di Selangor.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpulang kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang terbabit, sama ada mahu melompat parti atau menyokong kerajaan .... Dan semua keputusan itu tiada kena mengena dengan Perdana Menteri.
Beliau turut menggelar Muhyiddin sebagai kepala parti lompat.