RoS | Apa pun jadi, kami akan lindungi parti UMNO: Tok Mat
Pelbagai usaha akan dilakukan bagi memastikan parti UMNO tidak terbubar, sekiranya keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung notis pindaan perlembagaan untuk menangguhkan pemilihan, tidak berpihak kepada parti itu
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, pihaknya juga akan mengemukakan rayuan kepada RoS sekiranya permohonan itu ditolak.
Beliau turut menzahirkan harapan agar ahli-ahli UMNO bersikap matang dan menerima sebarang keputusan daripada RoS, termasuk keputusan yang tidak menyelebelahi parti itu yang menuntut pemilihan diadakan sebelum penghujung tahun ini.