Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

'Jangan biarkan kekejaman Israel berterusan' - Tok Mat

'Jangan biarkan kekejaman Israel berterusan' - Tok Mat

Jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan, tegas Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sekiranya Israel dibiarkan membuat tindakan seolah-olah ia kebal daripada sebarang tindakan undang-undang, ia hanya akan menguatkan lagi kitaran keganasan dan penyalahgunaan yang akan mengakibatkan lebih ramai nyawa terkorban.