Skip to main content

Advertisement

Risiko Penyakit | Tidak digalakkan berkempen di kawasan banjir

Risiko Penyakit | Tidak digalakkan berkempen di kawasan banjir

Sekiranya banjir melanda sesuatu daerah atau kawasan adalah tidak digalakkan untuk calon dan jentera parti mengadakan kempen pilihan raya di kawasan berkenaan.

Ini kerana menurut Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, ia bukan sahaja membawa risiko penyakit bawaan air seperti kencing tikus, keracunan makanan atau penyakit berjangkit seperti COVID-19.

Malah, risiko jangkitan juga boleh menular lebih besar ketika aktiviti kempen diadakan di kawasan banjir.