Jurucakap Tentera Khatam al-Anbiya, Ebrahim Zolfaqari, menggesa orang ramai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengosongkan kawasan pelabuhan, jeti dan lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian tentera Amerika Syarikat. Iran turut mendakwa Pulau Abu Musa diserang AS, sambil memberi amaran bahawa sebahagian wilayah UAE menjadi sasaran sah dalam tindak balas ketenteraan.