Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Majukan agenda transformasi poltik demi kestabilan politik

PRU15 | Majukan agenda transformasi poltik demi kestabilan politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memajukan agenda transformasi politik bagi memastikan kestabilan dan akauntabiliti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jawatankuasa Pemandu BERSIH menerusi kenyataan memaklumkan, sekiranya Perdana Menteri tidak dapat menentukan bila untuk mengadakan pilihan raya, Ismail Sabri secara asasnya perlu membentangkan pelan pentadbiran dan reformasi bagi baki penggal beliau sehingga 16 Julai tahun depan.