Skip to main content

Advertisement

[TERKINI] Berjaya taut kesatuan permuafakatan, kestabilan politik

[TERKINI] Berjaya taut kesatuan permuafakatan, kestabilan politik

Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada cetusan kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong telah berjaya mempertaut kesatuan permuafakatan dan mewujudkan kestabilan politik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia lantas memberi ruang ke arah pertumbuhan ekonomi negara, keyakinan pelabur domestik dan luar negara serta mengatur tatakelola pemerintahan yang mampan dan wajar menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun Hari Keputeraan rasmi tahun 2023 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.