Skip to main content

Advertisement

Pihak berkuasa umum darurat, 103 komuniti diarah pindah

Pihak berkuasa umum darurat, 103 komuniti diarah pindah

Hujan lebat berterusan di Hat Yai, Songkhla, Thailand mencetuskan banjir besar sehingga pihak berkuasa mengeluarkan amaran “red flag” dan mengarahkan pemindahan 103 komuniti. Dengan jumlah hujan mencecah 595 mm dalam tiga hari, penduduk terpaksa meredah air paras lutut untuk berpindah, manakala rumah dan kenderaan terperangkap. Keadaan masih berisiko tinggi dengan amaran agar penduduk segera menuju ke kawasan selamat.