Skip to main content

Advertisement

Pelantikan Naib Canselor | Wujud ‘tangan ghaib’ - MPN

Pelantikan Naib Canselor | Wujud ‘tangan ghaib’ - MPN

Majlis Profesor Negara (MPN) tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud ‘tangan ghaib’ yang mencampuri urusan dalam pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor di universiti awam.

Presidennya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata perkara itu menimbulkan sedikit rasa kurang senang dalam kalangan ahli akademik dan orang awam, yang bimbang ia akan menjejaskan perjalanan pengurusan pendidikan tinggi negara.