Kemalangan Bas UPSI: UPSI Sedia Bantuan Menyeluruh, Barangan Mangsa Akan Dihantar Terus ke Keluarga – Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menyediakan bantuan menyeluruh kepada waris penuntut yang maut dalam nahas tragis di Jalan Gerik-Jeli berdekatan Tasik Banding, Perak pagi tadi, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Katanya, kesemua barangan peribadi mangsa terbabit akan dihantar kepada setiap keluarga tanpa memerlukan mereka mengambilnya. #AWANInews