Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa hotel miliknya - Azam

Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa hotel miliknya - Azam

Pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memiliki dua hotel didakwa memaksa kontraktor untuk menyewa penginapan dengannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kontraktor yang menjalankan sesuatu projek dengan TLDM memerlukan penginapan untuk pekerja mereka dan keadaan itu dieksploitasi oleh pegawai berkenaan bagi kepentingan peribadi.