Skip to main content

Advertisement

Netanyahu putuskan pendudukan penuh Gaza, operasi diperluas

Netanyahu putuskan pendudukan penuh Gaza, operasi diperluas

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat keputusan untuk melaksanakan pendudukan penuh ke atas Semenanjung Gaza dan memperluas operasi ketenteraan walaupun mendapat bantahan dari pihak keselamatan. Laporan media tempatan menyebut bahawa keputusan itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Langkah ini menandakan perubahan drastik dalam strategi Israel, termasuk operasi di kawasan padat penduduk dan lokasi tebusan. Serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 61,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.