PRESIDEN Masoud Pezeshkian menegaskan rakyat Iran bersedia berkorban untuk mempertahankan tanah air mereka.
Pezeshkian berkata lebih 14 juta rakyat Iran sehingga saat ini dengan bangganya menyatakan taat setia kepada Republik Islam itu.
“Saya juga akan turut serta berkorban demi Iran,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Terdahulu Pasukan Penakluk Israel (IOF) turut memberi petunjuk untuk menyerang fasiliti pengangkutan awam di Iran.
Perkara tersebut dinyatakan melalui hebahan umum sambil menyeru rakyat Iran untuk mengelak menggunakan pengangkutan awam sehingga jam 9 malam (waktu tempatan).
“Keberadaan anda di tren dan landasan keretapi akan membahayakan nyawa anda,” kata IOF menerusi hantaran di X.
Sebelum ini Presiden Donald Trump memberi tempoh sehingga Selasa malam untuk Iran membuka Selat Hormuz.
Trump dalam temu bual dengan Wall Street Jurnal menegaskan, Iran akan berdepan serangan ke atas infrastruktur kritikal jika gagal berbuat demikian.
Antara sasaran ialah Loji Bushehr yang merupakan satu-satunya loji kuasa nuklear yang beroperasi di Iran dan terletak di bandar bushehr yang dihuni kira-kira 250,000 penduduk.