Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan beberapa langkah awal termasuk pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam dalam mengurangkan impak konflik Asia Barat terutamanya membabitkan isu bekalan tenaga serta kenaikan harga barangan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memulakan dasar BDR pada 15 April, dari Selasa hingga Khamis setiap minggu bagi menjimatkan penggunaan bahan bakar serta kesesakan jalan raya di samping mengukuhkan produktiviti pegawai.