Skip to main content

Advertisement

Cuaca panas tahap 1 diramal di beberapa negeri

Cuaca panas tahap 1 diramal di beberapa negeri

Beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah diramalkan terus mengalami cuaca panas Tahap 1 atau fasa berjaga-jaga setakat 11 pagi Selasa. MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Telupid di Sabah. Dalam masa sama, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan membabitkan kebanyakan negeri di Semenanjung.