Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Mahkamah | Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - SPRM

Mahkamah | Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - SPRM

Seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa hasil siasatan mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyerahkan sendiri cek bernilai RM1 juta kepada Tan Sri Shahrir Ab Samad pada 2013.

Perkara itu didedahkan Penolong Penguasa SPRM, Nurzahidah Yacop, 35, ketika membacakan pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru.