Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Serah kepada kepimpinan pusat - Sanusi

Serah kepada kepimpinan pusat - Sanusi

Jawatan Menteri Besar Kedah tidak boleh ditentukan oleh kepimpinan di peringkat negeri.

Sebaliknnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang akan mempersembahkan cadangan nama itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi jawatan Menteri Besar.

Perkara itu juga, jelas Sanusi, hanya akan berlaku jika Perikatan Nasional (PN) berupaya mempertahankan negeri Jelapang Padi.