Kos melambung, syarikat penerbangan India di ambang henti operasi
Persekutuan Syarikat Penerbangan India yang mewakili Air India, IndiGo dan SpiceJet memberi amaran bahawa industri penerbangan negara itu berada di ambang menghentikan operasi susulan peningkatan kos bahan api akibat ketegangan di Asia Barat dan gangguan berhampiran Selat Hormuz. Persekutuan berkenaan turut memohon penangguhan duti eksais bahan api turbin penerbangan serta campur tangan segera kerajaan bagi memastikan kelangsungan sektor penerbangan, yang kini mencatat kerugian besar sepanjang April.