Iran kritik AS gagal sebagai penganjur Piala Dunia 2026
Pasukan bola sepak Iran merakamkan penghargaan kepada Mexico selepas negara itu bersetuju menjadi pangkalan mereka bagi Piala Dunia FIFA 2026. Keputusan tersebut dibuat selepas Amerika Syarikat dilaporkan tidak membenarkan pasukan Iran tinggal sepanjang tempoh kejohanan. Duta Iran ke Mexico menegaskan negara penganjur sepatutnya menyediakan visa kepada pasukan dan penyokong, namun perkara itu masih belum dipenuhi. Iran dijangka berpangkalan di Tijuana dan hanya berulang-alik ke Amerika Syarikat pada hari perlawanan.