Rempah Faiza erat ukhuwah menerusi Program Korban Kasih Aidiladha
Bersempena sambutan Aidiladha, syarikat pengeluar makanan, Rempah Faiza meneruskan semangat kebersamaan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Korban Kasih Aidiladha yang menghimpunkan komuniti setempat melalui aktiviti penyembelihan korban, gotong-royong memasak dan agihan hidangan percuma kepada penduduk sekitar.