Skip to main content
Advertisement
Seorang terkorban dalam serangan Israel ketika hari kedua Aidiladha

Seorang terkorban dalam serangan Israel ketika hari kedua Aidiladha

Serangan udara terbaharu Israel di tenggara Bandar Gaza pada hari kedua Aidiladha mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain. Serangan itu dilihat sebagai pelanggaran berterusan terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober lalu. Mangsa dibawa ke Hospital Al-Ahli Baptist selepas dron Israel menyasarkan orang awam berhampiran Masjid Imam al-Shafi’i. Dalam masa sama, serangan artileri turut dilaporkan di beberapa kawasan lain di Gaza. Statistik terkini menunjukkan ratusan maut sejak gencatan senjata, manakala jumlah korban keseluruhan kini mencecah puluhan ribu, majoritinya wanita dan kanak-kanak.
Advertisement