Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Piala Dunia | Qatar longgar sekatan COVID-19

Piala Dunia | Qatar longgar sekatan COVID-19

Tuan rumah Piala Dunia Qatar membatalkan syarat untuk pelawat membuktikan ujian negatif COVID-19 sebelum berlepas ke negara teluk itu.

Selain itu Kementerian Kesihatannya turut memansuhkan syarat individu dewasa menunjukkan status COVID-19 mereka pada aplikasi telefon pintar yang dikendalikan kerajaan bernama ehteraz sebelum memasuki stadium atau kedai dan restoran.