ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mei 2026.
1. LRT tergelincir stesen Chan Sow Lin: Laporan siasatan pasukan khas siap dalam 30 hari - Anthony Loke
Laporan siasatan berhubung insiden tren LRT tergelincir di Stesen Chan Sow Lin awal pagi semalam dijangka siap dalam tempoh 30 hari.
2. 50,000 masyarakat India B40, M40 bakal nikmati manfaat RM65.5 juta MITRA
Kira-kira 50,000 masyarakat India daripada golongan B40 dan M40 dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif diperkenalkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dengan keseluruhan peruntukan mencecah RM65.5 juta tahun ini.
3. Semakan hak 40% pemberian khas Sabah diperjelaskan esok - PM
Isu berkaitan semakan tuntutan hak 40 peratus pemberian khas kepada Sabah dijangka diperjelaskan lebih lanjut esok, susulan ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
4. Polis siasat MB Perlis lepaskan tembakan ke arah lembu korban
Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dipercayai menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.
5. SPRM terima laporan isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menjalankan siasatan dan meneliti maklumat berhubung isu proses penilaian dan pelaksanaan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil.
6. Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan, walau ekonomi mencabar - PM Anwar
Baucar Buku MADANI bernilai RM100 akan diteruskan kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
7. LRT tergelincir: 'Kita bernasib baik tren belum capai kelajuan maksimum' - Anthony Loke
“Kita bernasib baik kerana tren itu baru sahaja mula bergerak dan belum mencapai kelajuan maksimum ketika ia tergelincir semasa proses pertukaran landasan di luar stesen," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
8. Pemberian baucar buku RM100 bagi sekolah menengah dilaksana dalam masa terdekat - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawahnya dalam masa terdekat.
9. Hubungan erat Malaysia-Arab Saudi tingkat keyakinan depani cabaran ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata hubungan erat Malaysia dengan Arab Saudi membantu mengukuhkan keyakinan terhadap keupayaan negara mengharungi cabaran ekonomi global ketika ini.
10. FINAS sahkan “Konspirasi” dihentikan atas permintaan penerbit
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.