Skip to main content

Advertisement

Presiden Jose Ramos-Horta hargai PMX penuhi janji jayakan keanggotaan Timor-Leste

Presiden Jose Ramos-Horta hargai PMX penuhi janji jayakan keanggotaan Timor-Leste

Presiden Jose Ramos-Horta hargai PMX penuhi janji jayakan keanggotaan Timor-Leste

Antara kejayaan yang dicapai Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada 2025 ialah memuktamadkan keahlian negara Timor-Leste dalam komuniti ASEAN. Pada 26 Oktober lalu, pemimpin negara-negara ASEAN menandatangani dokumen penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke 11 blok negara-negara Asia Tenggara

Bagi Presiden negara itu, Jose Ramos-Horta, keahlian itu cukup manis diraikan dengan mengambil kira perjuangan panjang Timor-Leste memenuhi pra-syarat keanggotaan selain turut menghargai janji yang ditunaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjayakan usaha penyertaan negara itu dalam ASEAN.