Skip to main content

Advertisement

Kerjasama Kuartet | Malaysia mengalukan keanggotaan Brunei

Kerjasama Kuartet | Malaysia mengalukan keanggotaan Brunei

Malaysia mengalu-alukan keanggotaan Brunei dalam mewujudkan perjanjian kuartet bersama-sama Indonesia dan Filipina bagi melindungi kepentingan dan ancaman sama dihadapi ketiga-tiga negara di Asia Tenggara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya berbincang dengan rakan sejawatnya, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof berhubung kerjasama pertahanan dan kini sudah tiba masanya untuk Brunei bersama menganggotai TCA.

Beliau berkata demikian pada hari terakhir Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).