Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[Data & Statistik] Gaji Wanita Lebih Rendah

[Data & Statistik] Gaji Wanita Lebih Rendah

Jurang gaji pekerja wanita yang rendah berbanding lelaki di Malaysia, semakin melebar.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), tahun 2023, seorang pekerja wanita memperoleh gaji median RM2,464 sebulan, manakala lelaki RM2,675.

Ini bermaksud pada 2023, wanita dibayar 7.9 peratus lebih rendah berbanding lelaki, satu jurang yang besar berbanding 4.9 peratus pada 2018.

Meskipun terdapat peningkatan jumlah profesional wanita dalam pelbagai bidang di Malaysia iaitu sekitar 6,400 lebih ramai berbanding lelaki, gaji mereka masih rendah kira-kira 19 peratus.