MOT usaha percepat pembukaan LRT3, akui isu kesesakan jalan - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mempergiat usaha untuk mempercepatkan pembukaan laluan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitar sebagai langkah mitigasi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.