[DATA & STATISTIK] Kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk
Kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk dan pengaruh dadah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan, dengan 31 kes direkodkan pada 2025 berbanding 27 kes pada 2024.
Walaupun peratusannya kecil (0.5% daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut), impak kehilangan nyawa yang serius mendorong pihak berkuasa mempergiat Sekatan Jalan Raya (SJR) dan ujian saringan.