Skip to main content

Sukan

Sukan SEA 2025: Intan Serah dipanggil perkuat skuad Malayan Tigress

81762951295_Intanserah.jpg
KUALA LUMPUR: Penyerang bola sepak wanita berpengalaman negara, Intan Serah Anisah Zulgafli antara pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.


Ringkasan AI
  • Intan Serah Anisah Zulgafli dan Kanchenjeet Kaur Nanua dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress untuk Sukan SEA 2025 di Thailand.
  • Skuad akan berdepan cabaran dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations menentang Bangladesh dan Aizerbaijan.
  • 23 pemain dipilih oleh Joel Cornelli untuk kem latihan pusat, sebelum bertanding di Thailand dan berpotensi ke separuh akhir pada 14 Disember.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, skuad dikendalikan Joel Cornelli turut menyenaraikan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu pertahanan kelab bola sepak Miami Dade Sharks, Kanchenjeet Kaur Nanua.

"Daripada 23 pemain ini, Cornelli mengekalkan 19 daripada 24 pemain yang dibawa ke dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada 22 dan 25 Okt lepas.

"Skuad Malayan Tigress akan mengharungi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations 2025 menentang Bangladesh pada 26 Nov dan Aizerbaijan pada 29 Nov," menurut kenyataan itu.

Seterusnya, skuad Malayan Tigress akan meneruskan kem latihan pusat di Kuala Lumpur sebelum dijadualkan terbang ke Chonburi, Thailand pada 3 Dis bagi menghadapi cabaran Kumpulan B yang disertai tiga pasukan iaitu bertemu Vietnam (5 Dis), Myanmar (8 Dis) dan Filipina (11 Dis) di Stadium TNSU, Chonburi.

Juara kumpulan dan naib juara Kumpulan A dan B akan melangkah ke separuh akhir pada 14 Dis, manakala aksi final dan tempat ketiga akan berlangsung pada 17 Dis.

Berikut senarai nama 23 pemain yang dipanggil oleh Cornelli ke kem latihan pusat skuad Malayan Tigress bermula 17 Nov ini:


 
Nama

 

Kelab

 

1.

 

Nur Amirah Abdul Rahman

 

Selangor FC

 

2.

 

Eusvewana Kadius

 

Selangor FC

 

3.

 

Nurhadfina Mohd Firdaus

 

Selangor FC

 

4.

 

Nur Ainsyah Murad

 

Selangor FC

 

5.

 

Nur Fazira Muhamad Sani

 

Selangor FC

 

6.

 

Nur Ezza Ashikin Abdul Razak

 

Selangor FC

 

7.

 

Nur Najwa Irdina Zaidi

 

Selangor FC

 

8.

 

Nurul Azurin Mazlan

 

Sabah FA

 

9.

 

Juliana Barek

 

Sabah FA

 

10.

 

Siti Nurfaizah Saidin

 

Sabah FA

 

11.

 

Jaciah Jumilis

 

Sabah FA

 

12.

 

Haindee Mosroh

 

Sabah FA

 

13.

 

Henrietta Justine

 

Sabah FA

 

14.

 

Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari

 

MBSJ FC

 

15.

 

Nur Adrienna Zamzaihiri

 

MBSJ FC

 

16.

 

Dian Aqilah Mohammed Imran

 

MBSJ FC

 

17.

 

Steffi Sarge Kaur

 

MBSJ FC

 

18.

 

Nur Syafiqah Zainal Abidin

 

MBSJ FC

 

19.

 

Intan Sarah Anisah Zulgafli

 

MBSJ FC

 

20.

 

Nur Lyana Soberi

 

Kelana United FC

 

21.

 

Waitie Taming

 

Kelana United FC

 

22.

 

Nur Laila Syamila A Rahim

 

Kuala Lumpur FA

 

23.

 

Kanchenjeet Kaur Nanua

 

Miami Dades Sharks (USA)

 




-- BERNAMA










Must Watch Video