Skip to main content

Sukan

Euro 2020: Kejutan Republik Czech ranap impian Oranje

41624828526_TomasHoles.jpg
BELANDA 0 REPUBLIK CZECH 2

Republik Czech mara ke suku akhir Euro 2020 dengan kemenangan 2-0 mengejutkan Belanda, yang menyaksikan Matthijs de Ligt diarah keluar padang.

Dalam perlawanan sengit di Budapest menyaksikan skuad kendalian Jaroslav Silhavy memperoleh kelebihan selepas De Ligt yang secara sengaja menyentuh bola bagi menghalang Patrik Schick mendapatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Tomas Holes kemudian menanduk masuk jaringan pembukaan sebelum Schick meledak gol kedua sekali gus membenarkan Republik Czech mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Denmark.





Must Watch Video