KEMAS kini Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) musim ke-17 sebentar tadi menyaksikan bintang Selangor Red Giants (SRG), Mark Genzon Sojero Rusiana, atau nama panggilannya Kramm, digantung tujuh perlawanan berkuat kuasa serta merta.
Ia termasuk bagi semua kejohanan rasmi Mobile Legends: Bang Bang di semua rantau.
Kramm turut didenda dengan bayaran sebanyak AS$2,000 (RM7,839) ekoran pelanggaran serius dalam buku peraturan rasmi MPLMY.
Siaran media MPL menjelaskan, pemenang liga domestik itu telah menghantar mesej kepada seorang atlet e-sukan MPLMY, namun tidak didedahkan bentuk mesej tersebut.
Terdahulu, difahamkan Kramm turut dikenakan hukuman berkaitan kenyataannya yang bersifat menyasarkan dan tidak wajar semasa sesi temu bual selepas aksi pada minggu kelima.
Kramm antara tonggak utama SRG merangkul beberapa kejuaraan antarabangsa sebelum ini.