Skip to main content

Malaysia

Penumpang terjatuh dari Feri Pulau Undan

41550204301_feri.jpg
Seorang penumpang feri di Pulau Pinang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Feri Pulau Undan kira-kira pukul 9.20 pagi Jumaat.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan, mangsa dipercayai terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth.

Operasi mencari dan menyelamat sudah dimulakan bermula pukul 9.50 pagi.

Setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

Must Watch Video